Wednesday, January 13, 2010

Comments on Ustaz Trimizi

Baru-baru ini pihak Darussyifa telah mengeluarkan kenyataan penafian dan penjelasan mengenai Ustaz Trimizi Zainal. Sila rujuk muka depan darussyifa.org.

18 comments:

  1. Selepas membaca penafian tersebut, saya terpanggil untuk memberi sedikit ulasan. Sepanjang penglibatan saya dengan ustaz dan berdasarkan maklumat yang diberi dan apa yang saya fahami, ust Trimizi TIDAK mewakili Darussyifa. Beliau mewakili NGO PISANG UK. (sila layari www.pisang.org.uk untuk maklumat lanjut)
    Beliau mendapat pendidikan rawatan perubatan Islam dgn tok guru di Yemen dan pernah memberi kursus perubatan Islam di Mesir, Yemen, UK, Melbourne dan Sydney (sila rujuk link dalam blog Pisang Sydney).
    Beliau pernah berjumpa dan berbincang dengan Ust Haron Din mengenai kaedah perubatan Islam. Dalam kuliah dan juga pertemuan saya dengan beliau, beliau begitu menyanjung usaha Ust Haron Din dan Darussyifa dalam memberi kebajikan dan dakwah kepada umat Islam di Malaysia.
    Beliau pernah menyebut perbezaan kaedah merawat oleh Ust Haron Din, Ust Ismail Kamus dan berberapa tok guru beliau. Melalui Pisang, beliau merasakan perlu usaha dakwah untuk menyampaikan ilmu perubatan Islam dan dalam masa yang sama berdakwah kepada orang bukan Islam di luar negara.
    Kedatangan beliau ke Australia (Melbourne dan Sydney) telah banyak membantu para pelajar dan penduduk tetap Australia mendalami ilmu perubatan Islam dan juga memberikan rawatan kepada yang memerlukan.
    Beliau menegaskan bahawa Darussyifa dan Darussalam memberi khidmat kebajikan kepada orang Islam di Malaysia, tetapi Pisang bergerak untuk kebajikan orang Islam di luar negara (sambil berdakwah kepada orang bukan Islam melalui perubatan Islam).
    Bagi saya kewujudan Pisang adalah pelengkap ("complement") kepada usaha dakwah melalui perubatan Islam dan bukannya pesaing ("rival") lebih-lebih lagi kepada Darussyifa. Justeru perkara seperti ini perlu digalakkan, bukannya dielakkan. Saya amat berharap usaha dakwah perlu didekatkan bukan dinafikan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  2. al-tantawi@gmail.com

    kalau seseorang itu berilmu tak perlu jual nama
    orang yang lain tak perlu paparkan gambar
    menunjukkan dia rapat dengan orang tertentu
    hati hati lah saudara ku saya tak menafikan
    ilmu seseorang tapi yang saya muskil tentang
    ilmu (scan)bagi saya tak ada asas dalil nas
    yang nak dirujuk yang saya tahu hanya Allah saja tahu perkara yang gaib sebagaimana Allah
    firman kan dalam AlQuran, hadis jelas nabi sendiri hapir kena sihir nabi tak tahu tak kan ada hamba Allah lain lebih hebat dari nabi dan rasulnya Muhammad s.a.w (jangan kita taksub pada orang yang kita sendiri tidak tahu latarbelakangnya yang sebenar)kita kalau nak berguru biarlah kita kenal benar dengan guru tu latar belakang,ilmu,sijilnya bukan terperdaya dengan iklan ,dalil hujah saya hadis tentang sahabat dapat ilmu dari shaitan walau pun benar jangan pakai nabi perintah ambil dari nabi sendiri(rinkas maksud hadis)wallahua'lam.

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam wbt

    Terima kasih sdra al-tantawi. Nama sebenar sdra ke nama pinjam? Boleh tahu nama sebenar? Saya bukanlah jenis yang taksub kepada individu. Kaedah saya lebih kepada berjumpa, mengenali seseorang, berbincang dan bersangka baik. InsyaAllah Allah akan bersangka baik dengan kita. Kedatangan ustaz Trimizi ke Australia telah membuat saya lebih tertarik untuk belajar ilmu perubatan Islam lebih mendalam dgn Ustaz Haron Din di Darussyiffa selepas saya pulang ke Msia nanti. Daripada kami tak tahu kepada tahu dan berminat. Renungkanlah, adakah beliau membawa keburukan atau kebaikan?. Kalau kebaikan yang beliau bawa, dan saudara cuba menafikan, terangkan siapa yang akan bertanggungjawab kepada mencegah kebaikan dan membiar kebathilan.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum? Saya ni adalah ahli Darussyifa' dan anak murid kepada Ustaz Haron Din. Saya lihat Ustaz Haron macam tidak suka PISANG dikaitkan dengan Darussyifa' dalam kuliyah beliau. Macam nilah,saya cadangkan diharap pihak PISANG bergeraklah secara sendiri tanpa perlu kaitkan dengan nama Ust.Haron. Kerana saya lihat, laman web PISANG banyak menampilkan aktiviti Darussyifa' dan Ustaz Haron. Gambarpun dicedok bulat-bulat daripada laman web Darussyifa'. Malah gambar wallpaper komputer saudara Tarmizi pun ditayangkan gambar beliau dengan Ustaz Haron. Jadi tolonglah stopkan untuk mengelakan fitnah orang ramai PISANG dikaitkan dengan Darussyifa'.

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam wbt. Terima kasih sdra Haziq atas komen yang diberi. Boleh saya tahu aktiviti Darussyifa dan gambar (ceduk bulat2) yang Pisang Sydney tampilkan. Yang adapun adalah 'link' kepada Darussyifa. 'Link' yang ditunjukkan adalah untuk tetamu web yang ingin mendapat maklumat lanjut. Ini adalah untuk kebaikan Darussyifa juga (untuk tambahkan ahli dsb).Gambar dalam komputer Ust Trimizi adalah hak ust sendiri. Lebih baik beliau bergambar dengan ulama' daripada bergambar degan artis.

    Komen yang sdra beri seolah2 Pisang tidak membawa kebaikan, dan kaitannya dengan Darussyifa adalah satu keburukan yang boleh membawa fitnah. Bolehkah sdara jelaskan apakah keburukan yang Pisang bawa. Komen sdra juga seolah2 menunjukkan Ustaz Haron Din adalah hak ekslusif ahli Darussyifa sahaja, walaupun ilmu Ustaz Haron Din memberi kebaikan kepada semua umat islam yang memerlukannya. Manusia adalah hak Allah dan kepada Allahlah manusia akan kembali.

    Ingin saya tegaskan, Pisang adalah 'pelengkap' bukannya 'pesaing' kepada usaha dakwah melalui perubatan islam. Jika ada kesilapan atau kesalahan, tegurlah dengan hikmah seperti saudara satu keluarga. Jika ada maklumat liar yang diterima periksalah terlebih dulu sebelum kita menyesal atas perbuatan kita mempercayainya. Sama2lah kita jadikan Al-Hujurat: 6 sebagai panduan. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum?
    1. Saya mengulas bukan saja laman web Pisang Sydney sahaja tetapi laman web Pisang keseluruhannya. Gambar dan aktiviti Darussyifa, Bangi dipaparkan didalam laman web Pisang. Ini akan menimbulkan fitnah masyarakat bahawa Pisang mempunyai kaitan dengan Darussyifa'.

    2.Untuk makluman saudara,nama Darussyifa dan Ustaz Haron Din saling berkaitan dan ekslusif. Darussyifa' mempunya beribu ahli diseluruh negara. Jika ada kesilapan seseorang ahli dalam melakukan rawatan atas nama datangnya daripada Darussyifa', orang tidak akan pesalahkan perawat tersebut tetapi Darussyifa' dan Ustaz Haron Din khususnya.

    3. Masyarakat sekarang ini menganggap Pisang adalah sebahagian daripada Darussyifa'. Kenapa ini boleh berlaku, ini adalah kerana penggunaan nama dan aktiviti Darussyifa banyak dipaparkan dalam laman web Pisang. Perkara ini perlu diperjelas kepada masyarakat yang Pisang tiada kaitan dengan Darussyifa'.

    4. Saya mengharapkan Pisang bergeraklah mengunakan nama identiti sendiri tanpa perlu mengaitkan mana-mana persatuan pengubatan Islam yang lain. Pihak Pisang sepatutnya mencontohi Darussalam kerana Darussalam tidak pernah mengaitkan nama Darussyifa' dalam menaikkan persatuanya begitu juga sebaliknya namun Darussyifa dan Darussalam saling berkerjasama antara satu sama lain.

    5. Saya berharap saudara faham mesej yang saya sampaikan.

    ReplyDelete
  7. Salam sdr Tantawi dan sdr Haziq Daniel,

    Terima kasih kerana melayari website PISANG. Kami minta maaf jika ada kesalahan yg kami lakukan. Sekiranya terdapat aktiviti DS dalam laman web PISANG, harap dapat dinyatakan website mana dan di bahagian mana agar kami boleh keluarkan. Sekiranya link ke DS juga menjadi satu perkara yang tidak selesa pada Saudara berdua, saya harap web master dapat keluarkan link tersebut. Yang salah kita betul kan dan yang kusut kita leraikan. Semuga kerja dakwah tidak terbantut. PISANG mempunyai misi yang berbeza dari pusat perubatan Islam yang lain.

    PISANG baru ditubuhkan pertengahan 2008 di UK dan Alhamdulillah, Disember 2009 PISANG membuat kerjasama dengan Jabatan Mufti Selangor mengadakan muzakarah pakar untuk menggubal undang-undang menghukum pengamal sihir. InsyaAllah, banyak lagi program PISANG yang sedang dirancang dengan kerjasama pihak yang sudi bekerjasama dengan kami demi untuk kebaikan agama Allah taala dan kami amat berbesar hati jika saudara juga dapat sama-sama menjalinkan ukhwah bekerjasama dalam usaha dakwah Islam melalui perubatan Islam.

    Tumpuan PISANG adalah di Barat dan kami ingin memyampaikan dakwah pada Barat bahawa al-Quran tidak mengajar keganasan tetapi sebagai syifa’ bagi penyakit spiritual mahupun fizikal. Semuga dengan usaha ini dapat membetulkan salah tanggapan masyarakat Barat terhadap al-Quran, malangnya usaha kami mendapat salah tanggapan dari pengamal perubatan Islam sendiri.

    Di UK, majoriti masyarakat tidak mengenali DS tetapi PISANG dikenali kerana khidmat yang kami berikan tanpa mengira agama. Sebelum ini kami tidak pernah membuat sebarang kursus di Malaysia, cuma di UK, NZ, Autralia, Korea, Yaman dan Mesir tetapi setelah timbulnya isu penafian dalam laman web DS, telah membuatkan kami menerima jemputan untuk mengadakan kursus PISANG di Malaysia pula.

    Berkenaan dengan kaedah seperti scan, ia hanyalah istilah, dan mungkin boleh rujuk pada Sheikh Ali al Omari dari Masjid Nabawi, seorang guru dan pensyarah Universiti Islam Madinah, kerana anak muridnya juga menggunakan kaedah yang sama digunakan oleh Ust Trimizi. Saya mengetahui perkara ini kerana saya pernah membantu ketika anak murid Sheikh tersebut menjalankan rawatan terhadap pesakit-pesakit. Semuga kita semua dapat menjadi seperti batu bata yang membina satu bangunan yang tersusun kukuh dalam usaha dakwah melalui perubatan Islam.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum wbt..

    Melihatkan kepada komen2 yg diberikan saudara al-tantawi dan saudara haziq, terus terlintas di fikiran saya..untuk siapa sebenarnya ilmu Islam yg terkandung di dalam Al-Quran dan sunnah2 Rasulullah yg dibekalkan utk umat di akhir zaman ini? Di dalam kemelutan kita untuk menangani gejala2 sosial dan maksiat yang berleluasa melalui usaha2 dakwah, timbul pula perkara2 remeh yang bisa memisah-belahkan usaha dakwah tersebut, maka berupaya menyempitkan fikiran kita sebagai khalifah di bumi Allah ini untuk membawa kebaikan dan ajaran suci Allah swt.

    Berdasarkan pengalaman dan teori2 perpecahan yang kian berleluasa di kalangan umat Islam, saya amat terkilan dengan isu2 yg ditimbulkan saudara2 yang tersebut di atas. Saya pasti majoriti golongan intelek dan profesional yang berpendidikan Al-Azhar, Mesir atau Jordan amat terkilan dengan isu2 yang ditimbulkan di sini.

    Pertama, kita harus faham apa yang diperjuangkan di antara Pisang dan Darusyifa. Jika aktiviti2 yang diketengahkan di antara kedua2 badan adalah fokus kepada bisnes dan keuntungan semata2, maka sudah pasti isu2 yang ditimbulkan di atas akan timbul. Adakah ini yang dirisaukan? Jika bukan, kenapa kaitan Pisang dan Darusyifa tidak disenangi? Bukankah ini yang kita impi2kan, iaitu berjuang membakitkan kembali keagungan Islam di dalam segala aspek kehidupan? Bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh! Pastikah saudara2 bahawasanya ajaran2 PISANG bertentangan dengan Darusyifa? Sudahkah saudara2 selidiki perkara2 tersebut. Mengapa kita paranoid dengan kata2 yang tidak berdasarkan sebarang fakta? Paranoid dengan fitnah dan sebagainya..saya cadangkan supaya saudara2 yang taksub dengan Darusyifa ini bertanyakan sendiri kepada Dato Dr. Haron Din tentang siapakah sebenarnya Ustaz Trimizi tersebut.

    Kedua, kita jangan dengan mudah sekali membuat satu2 'judgement' hanya daripada berita2 yang didengari dari 'mulut2 syaitan' yang cuba memecah-belahkan keutuhan umat Islam dalam kesatuan. Walau buruk sekali sifat dan cerita yang kita dengar tentang seseorang, amalan Rasulullah patut menjadi panduan dan pegangan kita..JANGAN BERSANGKA BURUK. Kalau orang kafir memegang kepada 'innocent until proven otherwise', mengapa kita harus menjadi pak2 turut seperti mereka. Sebaik2nya kenali orang yang kita hendak pastikan kejujurannya atau kejahatannya, dekati alim-ulamak, dapatkan panduan yang sewajarnya apa yang baik dan apa yang buruk sebagai pedoman.

    Jauhkan diri dari sifat riak dan takbur di dalam berdakwah. Pelajari adat berdakwah secara hikmah. Pasti ada sebab-musabab di sebalik apa yang dilakukan ustaz2 atau alim-ulamak dalam penyampaian dakwah mereka kepada masyarakat setempat. Jangan persoalkan cara penyampaian, tetapi hayati kandungan yang tersurat dan tersirat. Islam adalah untuk semua, tiada batasan yang diberikan oleh Allah ataupun Rasulullah. Jikalau kita mendengar sesuatu yang baru yang tak pernah kita dengar, cuba selidik melalui bacaan dan kajian, usaha bertanyakan kepada alim-ulamak..jangan sekali2 terus menjatuhkan hukuman seolah2 apa yang disampaikan adalah sesat, songsang atau bidaah dan sebagainya. Ingatlah saudara ku sekalian mulut dan hati adalah dua punca kekafiran yang tidak kita sedari..berhati2lah dengan bisikan syaitan dan iblis yang sentiasa ingin menyesatkan kita..

    Bersama bersatu mempraktikkan ajaran Al-Quran dan sunnah Rasulullah..insyallah. Jernihkan yang keruh..jangan menolak kekeruhan bulat2 kerana kita tidak tahu mungkin kekeruhan itu adalah sumber terakhir untuk nyawa hidup kita. Jadi usaha untuk jernihkan dengan cara yang berhikmah..bagaimana? Pelajari ilmu Islam secara menyeluruh..perubatan Islam hanyalah sebahagian daripada kehidupan Islam yang sejati.

    Wallahualam..

    ReplyDelete
  9. doktor2 perubatan lebih sesat lah kalau scan tak dibenarkan...kerana penyakit adalah subjektif dan kesan penyakit itulah wujudnya ketumbuhan pada badan yang dipanggil kanser. kenapa perlu dielak penyakit dengan makan ubat tertentu setelah mendapat tanda-tanda awal sakit yang diiktiraf doktor perubatan?

    scan tu cuma satu kaedah mengesan simptom sakit yang dibuat JIN. tak lebih dari itu. dan berdasarkan pengalaman apabila scan, ada rasa getaran di tangan maka sakitnya begini, ada rasa miang dan gatal badan maka sakitnya ini, ada rasa panas di telinga dan tengkuk maka ini tanda bagi sakit sekian. sepertimana doktor yang melihat simptom panas badan dan dikaitkan dengan demam, sakit kepala yang kuat dengan migrain sedangkan sakit itu mungkin bukan demam atau migrain.

    saya mempunyai hak untuk mengatakan saya berkawan dengan Dato Haron Din secara peribadi sekiranya memang saya berkenalan dengannya. saya berhak mengakui saya murid Dato' Haron Din sekiranya ada satu ilmu yang saya terima darinya sepertimana yang diriwayatkan bahawa Imam syafie memuliakan seorang gurunya yang hanya seorang orang biasa (kalau tak silap kafir) hanya kerana mengajarkan satu ilmu untuk beliau.

    ust mizi tiada menisbahkan dirinya kepada Darussyifa', hanya ada berhubung dengan ajk darussyifa' atau berhubung secara rasmi antara PISANG dan Darussyifa'.. video rakaman perbincangan ada direkodkan dan boleh rujuk Pn Azian dan Dato' Haron Din sendiri.

    pisangmesir juga pernah bercadang memanggil darussyifa' dan ust mizi lah yang menjadi orang tengah antara kami dengan darussyifa'. hasrat ust mizi kalau boleh dibawa darussyifa' maka nama beliau dan pisang boleh diketepikan untuk memberikan laluan kepada darussyifa', namun setelah kes tersebut meletus dan berlaku sedikit perselisihan faham dan masalah teknikal yang sangat memakan kos maka cadangan memanggil darussyifa' dihentikan.

    : fahrul razi abdul razak, pemegang ijazah PISANG dan ajk pisang-mesir.

    ReplyDelete
  10. kenapa x bole download surah2 tu...

    1. Ayat Pemutus Sihir (Scan)
    2. Ayat Azab
    3. Ayat Ruqyah

    ReplyDelete
  11. Sdra Azlan,

    Sebenarnya saya ada copy foto Dr Haron Din dalam laman web Darusyifa dan dimasukkan dalam blog PISANG East Malaysia. Walau bagaimanapun saya sudah keluarkan semula dari bolg yang saya sendiri 'managed' kerana takut disalah-fahami. Tajuk tulisan saya ialah: "Tahniah diatas penerbitan buku terbaru". Saya cuma mengucapkan tahniah kepada Dr Haron Din kerana menghasilkan buku tersebut kerana selama ini pun, selaku ahli PISANG Sabah, saya telah membeli buku-bukunya sebanyak 3 buah semuanya. Kalau Haziq tidak membenarkan saya memilikinya (kerana bukan ahli Darusyifa) maka saya boleh kembalikan kepada Dr Haron Din tanpa mengembalikan wang saya.

    Sekian. Mohon maaf kerana terlibat copy foto Dr Haron Din.

    Janis bin Abdullah
    Setiausaha
    PISANG Sabah

    ReplyDelete
  12. aku kenal sgtla mizi ni..junior aku mase study dulu..klo xkelentong org tiap2 hari xsah..muge Allah ampunkan dosa ostat yg xbrape sgtla..adoyaaiiii "miji jin"

    ReplyDelete
  13. ams... bukan islmic cara kamu memperlekehkan ilmu org lain. saya takut Allah cabut ilmu yang kamu perolehi kerana memperlekehkan org lain. Saya doakan mizi terus tabah memperdalamkan ilmu perubatannya. Dakwah melalui perubatan ini bukan hak milik individu tetapi milik semua umat.

    ReplyDelete
  14. ams...kamu ni tak pernah dijemput pg luar negara mcm ustaz mohd trimizi sbb tu kamu nih nmpk iri hati dan cemburu..sudah2 la ada penyakit PHD dlm masyarakat kita..banyak2 muhasabah diri sendiri..jgn suka nak mengata orangt lain..diri sendiri tak tentu betul lagi..dosa sendiri pun tak tentu Allah swt nak ampun lagi..duk sibuk nak perlekeh orang.

    ReplyDelete
  15. Adoi..hebat juga perbincangan ini ya..

    Dulu saya tak minat lansung prubatan islam ni takut kerasukan jin konon..maklumlah orang jahil...Tapi secara tak sengaja kerna mengambil hati kawan saya terikut kelas Ust Trimizi. Terus jatuh cintala dengn alunan ayat2 Qur'an..jadi saya pun ikut pulak kelas Darul Syifa kerana Ust Trimizi kata kita kena belajar dari bnyk guru agar lbh mantap dan ndak taksub dngn satu guru...Darul Syifa' pun best juga ..memng dari dulu saya mengkakumi Ust Harun Din. Zaman belajar dulu, kalau ada ceramah usz Harun saya tak miss.

    Sekarang saya selalu melayai laman Web Darul Syifa', banyak ilmu saya dapat dari sini. Nampak tak taklah ekslusif sangat..buku pun dijual kepada semua orang yang berminat walaupun bukan ahli DS. Ini memang betul lah sebab setahu saya yang jahil ini ilmu yang baik perlu disebar pada semua orang. Tetapi bila baca komen2 Hazieq dan Al-Tantawi di atas macam nak jadi meluat pulak saya....janganlh kita menjadi angkuh kerana ramainya ahli...

    Kesimpulannya:

    1. Kepada ahli DS ndak payahla gelabah sangat takut DS jatuh standard, sebab terbukti Ust. Trimizi sebenarnya mempromosikan Darul Syifa dan Tuan Guru Ust. Harun Din bukannya menumpang glamour. Malah beliau selalu cakap beliau tidak pernah berguru secara khusus dgn Ust. Harun Din. Nampaknya beliau cukup berhati-hati.

    2. Berilah sokongan kepada anak muda yang menunjukkan minat untuk berdakwah dengan ilmu yang ada padanya, janganlah dicantas..islam yang akan rugi.

    3. Jika ada kekurangan tegurlah dan bantulah dia dengan hikmah agar menjadi aset yang berguna untuk dakwah islamiah..

    sekian,dari orang tua yang jahil..

    ReplyDelete
  16. salam..
    ropanya ada jgk isu mngenai ust trmizi nh,ingtkn hnya dmesir shj yg brlaku khilaf.ropanya dh merebak ke tmpt lain.
    ana slaku org yg mngikuti pnuh krsus prubtan islam dngn ust trmizi tu mngetahui akan apa yg brlaku dsbalik smua mslh yg brlaku nh.yaa mmg brlaku apa yg dkatakan ust trmizi mngaku dia dr aliran darul syifa' dn prnh mngatakn dia nh biro prhbungan antrbngsa darul syifa'.huhh inh mmbuatkn rsa truja utk prgi mngikut krsus beliau d mesir suatu ktika dhulu..dn dlm krsus itu jg belia ada contack direct mllui hp beliau utk mnanyakan mslh yg brkaitn pbutn islam dn kmi mlihat beliau brckp dngn ust haron din.dn jg mliht gmbr2 beliau dngn ust haron jg.dn dia mngaku jg mnjd anak murid ust haron..timbul mslh kt cnh adlh DS tk prnh ada ank murid yg brnma trmizi nh dn tkdk org brnama yg trmizi jg mmegang jwtn dlm biro prhbungn antrbngsa..bila kmi dngr akan brita itu trus kmi geng krsus beliau d msir nh mmboikot akan krsus yg beliau jlnkn yg mahu dbuat stiap thn.hnya smpt 2thn shj..itu stu mslh,krn mnipu

    kedua pula,mnjd kslahan mna2 indvidu
    @prsatuan mngaku utk mnyatakan dia dr kmpuln nh dn kmpuln itu.krana klo ada apa2 yg brlaku pd psakit dsbbkn oleh slh silp dr perawat yg mngaku dr DS itu maka nma prtbuhan kseluruhn DS mnjd rosak dn buruk(prlu phm akan conteks inh,dr segi kualiti)maka skligus mnjejaskn krdebiliti dn kbolehan DAS dn ust haron..dsbutkn bnda inh krana sdh mnjd sjrh yg brlaku apbila ada sorg itu yg mmbuat silp dlm mrawat psakit trus dpersalahkn kpd DS itu krna tdak brkredibiliti dlm mngluarkn anak muridnya yg brkualiti dn inh mncacatkn sdikit nma DS itu.isu inh bkn isu mncri keuntungan,anak murid dr DS klo prg mrwat psakit,tdk pon mmberi se sen pon saham kpd DS stelah mana mndpt byran dr khidmt mrawat psakit trsebut.nahh mna pula dtg nya isu mncri keuntugn,tkdk pon..

    so,ksmpuln yg dpt dbuat..ilmu dn khidmat kpd msyrkt itu prlu btol2 tulen dn tdak ada unsur mncri populariti dngn mnjaja nma org lain sprtimna yg dkatan oleh saudra tntawi dn haziq itu.
    isu dkwah itu bkn mslhnya,tk mnjd mslh pon nk brdkwah,tdk dhalang pon.tp biar kna pd adab dn hormat org lain..mslh yg dbncangkn nh tdak mmberi darurt utk mnjlnkn proses dkwah ttp apa yg hndak dbncangkn dsnh adlh kredibilit sseorg itu dkhlayak rmai utk org mncedok ilmu drnya.biarlh benar dlm mnyampaikn ucapan,bkn mmbuat pmbohongn..

    kmi d mesir nh tahu akan hal tu dn mngmbil kputusan mmboikot.krana kmi phm kddukan yg sbnrnya,bkn kmi mnolak jln dakwah.sekian

    ReplyDelete
  17. Trimizi mangkuk ni yg menjadi pujaan sesetengah org yg juga mangkuk.. Kalau x tau bertanyalah kepada yg tau.. Kalau aku dedahkan semua yg dalam poket aku ni mmg mangkuk tu haru biru jadinya.. Haha sudah2la tipu org wooiiii.... Dah la ko romen kakak aku di hotel sabah hari tu.. Kuang ajar punya mizi

    ReplyDelete
  18. Saya pun tau kes romen satu pelajar UMS di sabah oleh ust trimizi zainal ni.. dia menetap di rumah saya di sabah selama ni.. mmg kuat kelentong ustaaat mizi ni.. nak tau lebih lanjut call aku 0198663223

    ReplyDelete